Rabu, Mei 23, 2012

Talam Roti Paun

Assalammualaikum semua...apa khabar ari ni..? harap semuanya sihat hendaknya. Bersiaran lagi utk ari ni..dah hampir seminggu zana tak masukkan apa2 n3 kat sini, sekejap aje ku rasakan. Oklah n3 zana utk hari ini ialah "Talam Roti Paun" yg zana buat malam td..pg ni barulah dapat dipotong2kan :) betul memang sedap kata K1, makan 1 nak 2 hehehe...., zana buat nie, sebab terhidu kat dapoq K1 semalam..sebelum ni tengok ade kat dapoq yatie memories, pastu sampai lak kat dapoq kak azlita masam manis tuu...resepi dari chef asma nie sememangnya zana dah ade tp dapat nak membuat sbb dlm sukatan yg banyak..tak pandailah kawan nak mengagak2 gitu hehehe...ape2 pun terima kasih pd chef asma juga pd yatie dan kak azlita dgn memberikan sukatan bahan utk kuantiti yg sedikit, sesuai utk satu family...ok! jom kita semak resepinya pulak!


TALAM ROTI PAUN
By : Chef Asma
(sumber: Kak Wan/yatie/kak azlita)
Lapisan Bawah
4  keping roti Butterscotch ~ resepi asal roti putih (zana buh 5 kpg)
3 keping roti Choco Raisin ~ resepi asal roti putih (yg nie zana buh roti putih tu 2 kpg)
1 biji telur
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
100 ml santan pekat
125 ml air
1/4 sk vanilla essence
25gm kismis + 1 sdb coklat chip (yg ni zana tambah)
Panaskan kukusan
Sediakan loyang bulat berukuran 8 inc
Oleskan minyak makan pada loyang dan lapik dasar loyang dengan plastik.
Oleskan juga minyak pada plastik.

Roti dipotong kecil atau di carik-carik. Ketepikan
Satukan semua bahan-bahan dan kacau dengan whisker hinga sebati
Masukkan roti tadi dalam adunan dan rendam roti selama 30 minit atau sehingga roti lembut dan adunan telah meresap kedalam roti.
Tuangkan adunan dalam loyang.
Tutup loyang dengan aluminium foil atau balut tutup kukusan dengan kain (utk mengelakkan air menitis atas kuih
Kukus adunan selama 25 minit
Sementara menunggu adunan masak kita sediakan lapisan tengah

Lapisan tengah

1/4 cwn tepung gandum
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan

Satukan semua bahan-bahan
Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil
Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
~ adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja
Tutup api

Apabila lapisan bawah sudah masak, keluarkan dari kukus
Lap jika ada air pada permukaan kuih
Cakar permukaan kuih dengan garfu
Kemudian tuangkan adunan lapisan tengah
Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit lagi.
Sementara menunggu lapisan tengah masak, kita sediakan lapisan atas pula.

Lapisan atas
1/4 cwn tepung kastard
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1/8 sk vanilla essence
2 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna kuning atau oren ~ tak letak pun takpe

Satukan semua bahan-bahan
Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil
Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
~ Adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja
Tutup api

Apabila lapisan tengah sudah masak, keluarkan dari kukus
Lap jika ada air pada permukaan kuih
Cakar permukaan kuih dengan garfu
Kemudian tuangkan adunan lapisan atas
Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 30  minit atau sehingga talam masak dengan sempurna
~ Jika tidak tutup permukaan loyang atau tidak balut tutup kukus dengan kain, lap tutup kukus setiap 5 minit untuk menghasilkan permukaan kuih yang kelihatan licin dan rata

Setelah kuih masak sejukkan hingga benar-benar sejuk barulah di keluarkan dari loyang
Potong talam dengan menggunakan pisau plastik yang di oleskan dengan sedikit minyak makan, ini untuk mendapatkan potongan talam yang cantik




1 ulasan:

  1. Ramai yg dah cuba ni... lama dah teringin nak buat tapi tak terbuat juga.

    BalasPadam