Assalamualaikum semua...apa khabar? Bersua lagi kita di bulan Dis ini...lama zana x update blog kesayanganku ini. Haiii!!! pejam/celik2 sekejap je dah penghujung tahun 2011 kan...nii dah pun pertengahan bulan Muharram 1433H terlalu cepatku rasakan... Oklah! hari ni, zana nak n3kan menu2 yg dah lama tertunggak dan foto2 yg duduk tersimpan elok dlm folder minta diuploadkan hehehe.... :p
Nasi Tomato
(sumber: kak liza)
by: ZanaRose
Bahan-Bahan:
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang
Bahan tumis
- 3 ulas bawang putih - hiris
- 5 ulas bawang merah - hiris
- 1 inci halia - hiris
- 3 biji Buah pelaga
- 3 biji Bunga cengkih
- 1 inci Kulit kayu manis
- 2 kuntum Bunga lawang
Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi
hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan
mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat
rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Boleh dihidangkan bersama lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..
Ayam Masak Merah
(sumber: kak Liza)
by: ZanaRose
Bahan-bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan buh kunyit &
garam dan goreng
Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos
kacang peas
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
Cara:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar
hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk
perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat