Selasa, Oktober 27, 2009

Singgang Ikan Kerisi


Ini pulak "Singgang Ikan Kerisi" ade separuh orang panggil "Masak pindang" ...saya rasa sama aje.....kan...jom layan ajelah!...
Bahan2nye:
  • 2 ekor ikan kerisi yang telah dibersihkan
  • 1 btg serai dititik
  • 4 biji bawang merah* (* ditumbuk lumat)
  • 2 biji bawang putih*
  • 1" halia*
  • 1/2 sk jintan manis*
  • sedikit serbuk kunyit ~ utk kuningkan aje
  • sebiji tomato dibelah 4
  • 1 biji cili merah dibelah 2
  • 5 biji sayur bendi (zana x ubuh sbb x dee)
  • 2 keping asam gelugur
  • 3 cawan air
  • daun sadri & bawang utk ditabur (yg telah dihiris kasar)

Cara2 membuatnye:

  1. Tumis serai sehingga wangi dan masukkan bahan tumbuk bersama serbuk kunyit dan dikacau rata
  2. masukkan ikan dan biarkan sebentar....
  3. barulah masukkan air dan asam gelugur, biarkan hingga mendidih
  4. masukkan tomato, cili merah dan bendi dikacau sebentar hingga masak
  5. pastu rasakan dengan garam
  6. lastly taburkan daun sadri & bawang dan bolehlah dihidangkan.....

Sambal Ikan Bilis Petai


Sambal petai ini zana buat pagi tadi ..kena pulak dgn lauk singgang ikan kerisi sebagai menu untuk makan t/hari ini..(merangkap mkn mlm sekali eee..)
Bahan2nye:
  • 1 piring petai yang telah dihiris-hiris (dlm 2 papan)
  • 1 piring ikan bilis yang telah dibersihkan
  • 1 labu bwg besar dibelah 8
  • 5 biji bwg merah* (* ditumbuk hingga halus)
  • 2 biji bwg putih*
  • 1" belacan*
  • 5 sb cili mesin
  • 1 sk pes asam jawa adabi + 1/2 cwn air
  • gula dan garam secukup rasa.

Cara membuatnye:

  1. panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga naik baunya
  2. kemudian masukkan ikan bilis dan dikacau sehingga ikan bilis agak garing
  3. masukkan cili mesin dan kacau sebati dan masukkan hirisan petai
  4. kacau sehingga cili masak barulah masukkan air asam jawa diikuti dgn potongan bawang besar dan kacau rata
  5. perasakan dgn gula dan sedikit garam dan bila masak bolehlah dihidangkan...

Maggi Goreng


Maggi goreng nie...menu sarapan pagi, sememangnya kegemaran anak2 zana..nie rasanya menu orang malas...heehee...
Bahan2nye:
  • 5 keping Mee kering dicelur
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 keping fish cake
  • 1 keping dada ayam ~ ambik isi aje
  • 1 biji telur
  • 1 paket perencah mee maggi perasa kari
  • sedikit hirisan sayur kobis
  • segenggam tauge..
  • kicap manis
  • sedikit sos tiram

Cara membuatnye:

  1. Tumbuk bawang merah dan bwg putih sehingga halus, kemudian tumiskan sehingga naik aromanya.
  2. Masukkan hirisan ayam dan fish cake dan dikacau rata
  3. Masukkan perencah maggi, sos tiram dan kicap manis dan dikacau hingga sebati
  4. Pecahkan telur dan kacau lagi pastu masukkan hirisan sayur kobis...barulah masukkan mee kering yang telah dicelur tadi dan kacau lagi hingga rata.
  5. Bila dah masak bolehlah dihidangkan dan jika suka bolehlah hiaskan dgn hirisan daun bwg dan sadri.

Isnin, Oktober 26, 2009

Asam Pedas Ikan Pari dgn. Daun Kesum


Salam...ini menu makan malam semalam dah lama tak buat asam pedas ikan pari nie..lauk nie pulak favourite anak no.2 zana.
Bahan2nya:
  • 6 potong ikan pari
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 batang bunga kantan dibelah dua
  • 5 biji bawang merah*
  • 2 biji bawang putih*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1 inci halia*
  • 1 inci belacan* (biasalah kan org melaka, ini memang x boleh tinggal hehee..)
  • 4 sb cili mesin
  • 1/2 sk lada hitam* (bubuh jika nak lebih pedas-zana x ubuh pon)
  • 1 sb pes asam jawa
  • 4 cawan air
  • garam secukup rasa.

Cara membuatnya:

  1. Bahan * dikisar
  2. Tumis bahan2 yang dikisar hingga naik aromanya.
  3. Masukkan cili mesin dan dikacau sebati dan biarkan hingga cili masak dan masukkan sedidik air.
  4. Pastu masukkan ikan yang telah dibersihkan terlebih dahulu dan kacau, biarkan ia mereneh sedikit.
  5. Barulah masukkan daun kesum dan bunga kantan diikuti dgn 4 cawan air serta pes asam jawa, kacau dan biarkan sehingga mendidih.
  6. Rasakan dengan sedikit garam.
  7. Apabila masak bolehlah dihidangkan.. lagi sedap dimakan keesokkan harinya..sebab rasanya sudah sebati..



Rabu, Oktober 21, 2009

Scrembler egg with sosej


Ini pulak menu sarapan pagi dan bekalan anak-anak kesekolah ari nie..simple ajo hehe..
Bahan2nya:
  • 1 labu bawang besar dihiris nipis
  • 2 biji bawang putih dicincang
  • 1 biji telur ayam~dikocak dulu
  • 4 batang sosej ~ dihiris
  • 1 sudu sos tiram
  • sedikit lada sulah dan mix herb
  • sedikit garam
  • roti sosej secukupnya
  • hirisan timun
  • sos cili dan mayonis

Cara membuatnya:

  1. Tumiskan hirisan bawang besar dan bawang putih sehingga naik aromanya
  2. Masukkan telur dan dikacau sehingga sebati
  3. Kemudian masukkan hirisan sosej dan kacau sehingga sosej masak
  4. Masukkan sos tiram, garam, lada sulah dan mix herb dan dikacau sehingga rata
  5. Bila masak bolehlah dihidangkan bersama roti dan hirisan timun
  6. Dimakan bersama sos cili dan mayonis..siap..

Gulai lemak ikan parang dgn belimbing


Salam semua, gulai lemak ini sebenarnya menu makan malam tadi. Balik dari opis semalam, hajat di hati nak buat gulai lemak telur itik...memandangkan dlm peti sejuk ade 5 biji telur itik, besar2 gitu..bawa balik dr kg ari tu(ceh..apalagi berkobar-kobarlah semangat nak membuatnya..)tapikan..apabila semua bahan2nye telah tersedia..alangkah sedihnye...telur itu..apabila ku pecahkan kedalam piring satu persatu semuanya sudah x ...eelok hampe sekali. Nasib baik dlm peti sejuk tu ade ikan parang maka jadilah ia lauk ini..................eee
Bahan2nya:
  • 5 biji bawang merah*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 inci belacan*
  • 10 biji cili padi*
  • 2 batang serai dititik
  • 4 cwn santan
  • 2 kabung/potong ikan parang
  • 15 biji asam belimbing

Cara membuatnya:

  1. Kisar bahan * sehingga halus
  2. Masukkan bahan kisar bersama serai kedalam periuk bersama sedikit air dan masak di atas dapur dengan api yang sederhana sehingga ia berbuih/merenih
  3. Kemudian masukkan ikan parang dan kecutkan sebentar, biarkan merenih
  4. Pastu masukkan asam belimbing, di ikuti dgn. santan
  5. Kacaukan sehingga ia mendidih..jangan dibiarkan nanti ia pecah minyak

Bila dah masak bolehlah dihidangkan dan sedap dimakan bersama nasi panas.



Isnin, Oktober 12, 2009

Laksa Penang


Laksa penang zana buat untuk jamu tetamu semalam, lama dah tak buat.
Bahan-bahannya:
  • 1 paket laksa basah - dicelur
  • 1 labu bawang besar*
  • 1/2 biji nenas dipotong kecil
  • 1 batang bunga kantan*
  • limau nipis/kasturi
  • cili api*
  • daun salat/selom*
  • 6 biji telur direbus dan dipotong 2
  • 1 batang timun*

(bahan2 *- dihiris)

Bahan untuk kuah:-

  • 700gm ikan sardin
  • 1 ekor ikan tongkol putih(dlm. 300gm)
  • 10 keping asam gelugor/keping
  • 8 biji bawang merah-dikisar
  • 4 biji bawang putih-dikisar
  • 1/2 keping belacan (blcn Melaka) - dibakar sedikit dan dihancurkan
  • 5 sb cili kisar
  • 2 batang bunga kantan - dibelah 2
  • 2 ikat daun kesum
  • garam dan gula secukupnya.

Cara2nya:-

  1. Bersihkan ikan sardin/tongkol, kemudian rebus bersama dengan asam gelugor sehingga mendidih.
  2. Keluarkan ikan, asingkan isi dan buang tulang kemudian diblender dengan sedikit air. (air rebusan ikan jangan dibuang dan ditapis)
  3. Masukkan isi ikan yang diblender tadi bersama bahan2 kisar, belacan dan air rebusan ikan-kacau biar sebati. Masukkan daun kesum dan bunga kantan dan masak hingga mendidih diatas api sederhana.
  4. Rasakan dengan garam dan gula.
  5. Untuk menghidang, masukkan laksa kedalam mangkuk dan taburkan bahan2 yang dihiris bersama telur dan tuangkan kuahnya.

(sedap dimakan ketika panas).

Jumaat, Oktober 09, 2009

Donut Alex Goh


Sarapan pagi dan bekalan anak-anak kesekolah..
Bahan-bahannya:
  • 280ml air
  • 300gm tepung roti (high protein flour)
  • 200gm tepung gandum
  • 10gm garam
  • 60gm gula halus
  • 20gm susu tepung
  • 1/2 s/b baking powder
  • 3 1/2 s/t instant yeast
  • 2 biji kuning telur
  • 50gm lemak sayur (shorterning)

Bahan untuk hiasan:

  • gula halus
  • coklat cair
  • gula hiasan
  • lemod curd/cream custard

Cara membuatnya:

  1. Satukan kesemua bahan kecuali air dan lemak sayur. Adun hingga rata dan tuang air, gaul hingga menjadi doh yang lembut. Masukkan lemak sayur sambil terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan tidak melekat dimangkuk adunan. Bulat-bulatkan doh, masukkan dalam satu bekas dan biarkan 1 jam (hingga naik 1 x ganda)
  2. Keluarkan doh tadi dan uli sekejap, rehatkan 5 minit. Bagi doh kepada 2 bahagian. Canai satu bahagian setebal 1/2 cm. Terap dengan penerap donut dan alihkan kedulang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap, rehatkan selama 30 minit hingga naik lagi.
  3. Goreng donut dalam minyak sederhana panas, jangan goreng terlalu banyak, cukup sekadar 3-4 biji saja. Untuk mengelakkan suhu jatuh mendadak. Bila kuning keemasan pada kedua-dua permukaan, bolehlah diangkat dan toskan atas paper towel.
  4. Donut yang siap digoreng boleh disalut dengan gula halus, dituang coklat, dibelah dan dimasukkan cream custard/lemon curd atau mengikut kreativiti masing2..kita salut ngan gula aje..


Mee Bandung



(sumber k.liza)
Menu berbuka puasa semalam, mee bandung...k.liza

Bahan-bahannya:

  • 500gm mee kuning (dicelur)
  • 300gm ayam(dipotong kecil)...zana guna udang
  • 2 s/b cili mesin
  • 3 ulas bawang putih*
  • 5 ulas bawang merah* (*ditumbuk)
  • 2 mangkuk stok ayam (atau 1 kiub ayam + 2 mangkuk air)
  • 5 s/b sos tomato
  • 3 s/b sos cili
  • 1 s/b sos tiram
  • 2 biji limau kasturi/nipis(dibelah 2) optional
  • 2 biji telur rebus dan dibelah 2 (zana masukkan sekali)
  • 1 biji tomato (dibelah 2)
  • cili merah/hijau (dimayang)
  • garam & minyak secukupnya
  • bawang goreng (tak bubuh pun)

Caranya:

  1. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar sehingga garing.
  2. Masukkan stok ayam & ayam dan biarkan hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan garam. Biarkan merenih perlahan-lahan.
  4. Masukkan udang, sawi & masak selama 2 minit
  5. Bila dah masuk bolehlah ditutup api dan hidangkan.